- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 571 kes, 4 lagi terkorban

11,431 kes aktif direkodkan di mana 94.6% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai masih memakai pelitup muka bagi mengelak jangkitan wabak Covid-19 di ubu negara Kuala Lumpur.
Orang ramai masih memakai pelitup muka bagi mengelak jangkitan wabak Covid-19 di ubu negara Kuala Lumpur.

571 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,029,908 kes.

Sebanyak 551 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,981,603.

Ketika ini, 11,431 kes aktif direkodkan di mana 10,812 atau 94.6% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 585 (5.1%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 34 kes dan 15 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Empat kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,874 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.