- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 383 kes, 8 lagi terkorban

11,414 kes aktif direkodkan di mana 94.4% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai masih memakai pelitup muka di ruang tertutup walaupun pemakaiannya sudah dilonggarkan bagi mengelak jangkitan Covid-19.
Orang ramai masih memakai pelitup muka di ruang tertutup walaupun pemakaiannya sudah dilonggarkan bagi mengelak jangkitan Covid-19.

383 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,030,696 kes.

Sebanyak 355 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,982,399.                                       

Ketika ini, 11,414 kes aktif direkodkan di mana 10,779  atau 94.4% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 607 (5.3%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 28 kes dan 11 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Lapan kematian dicatatkan termasuk satu kes sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,883 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.