- Iklan -
Berita

Asyraf samakan kerjasama Umno-DAP dengan politik dinamik Nabi Muhammad

Ketua Pemuda Umno itu berkata keputusan untuk berganding bahu dengan musuh Umno itu bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan.

Azzman Abdul Jamal
2 minit bacaan
Kongsi
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2022 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur hari ini.
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2022 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan kerjasama antara Umno dan DAP dalam membentuk kerajaan sama seperti dinamika politik Nabi Muhammad.

Ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno 2022 di PWTC hari ini, beliau berkata, situasi kerjasama itu ibarat yang dizahirkan Rasulullah menerusi perjanjian “Hilf Al-Fudul” dengan Kafir Quraisy di Mekah dan permuafakatan dengan Yahudi di Madinah.

Katanya, keputusan untuk berganding bahu dengan musuh Umno itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana sudah banyak hati yang terguris dan sudah banyak jiwa yang terluka.

"Kalau ikutkan emosi, buat apa berdamai dengan pihak yang bukan sekadar mengguris perasaan tetapi di tangan mereja jugalah darah para syuhada' dalam kalangan shabat dan kerabat Nabi terkorban.

"Kaau ikutkan sentimen, buat apa berpakat dengan pihak yang jelas memusuhi Islam dan selamanya tiadk akan pernah mahu merestui perjuangan Islam.

"Namun kerjasama antara Nabi dengan sekutu Baginda tidak sesekali menggadaikan akidah dan perjuangan agama. 

“Nabi tidak sesekali berkompromi pada perkara yang meliubatkan prinsip dan kedaulatan bangsa dan negara,” katanya.

Menurut Asyraf, hikmah kerjasama Nabi dengan golongan bukan Islam demi memastikan agama dan bangsa itu terus subur menjadi panduan parti itu.

Terdahulu, Umno yang menerajui Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan terburuk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila hanya berjaya meraih 26 kerusi Parlimen.

Sokongan yang diberikan BN bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terhadap Pakatan Harapan (PH) membolehkan blok pimpinan itu membentuk kerajaan persekutuan yang menamakan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Dalam pada itu, Asyraf menegaskan bahawa Umno tidak akan sesekali tunduk atau akur pada apa-apa tuntutan yang akan menjejaskan kedudukan Islam, Melayu-Bumiputera dan Institusi Raja-Raja. 

"Kita bermusuh ada hadnya. Kita bersahabat pun berpada-pada. 

"Maka Pemuda hendak mengingatkan kepada semua sekutu kita dalam kerajaan, andainya berhajat pentadbiran ini kekal lama, maka utamakanlah rakyat.

"Tunjukkanlah kejayaan dan kemampuan kita bersama-sama. 

“Jangan diulang gelojoh kerajaan 22 bulan yang akhirnya memakan diri dan menjauhkan sokongan majoriti," tambahnya.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.