- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 367 kes, 9 lagi terkorban

11,372 kes aktif direkodkan di mana 95.4% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pelancong mengambil gambar pamandangan sekeliling ketika bersiar-siar di sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Pelancong mengambil gambar pamandangan sekeliling ketika bersiar-siar di sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

367 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,031,443 kes.

Sebanyak 398 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,983,170.

Ketika ini, 11,372 kes aktif direkodkan di mana 10,846 atau 95.4% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 502 (4.4%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 24 kes dan 12 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sembilan kematian dicatatkan termasuk satu kes sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,901 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.