- Iklan -
Berita

Covid-19: Catat 320 jangkitan baru, ragut 3 lagi nyawa

Sebanyak 506 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,984,301.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pelancong dari India dan Indonesia bersiar-siar sambil bergambar di Dataran Merdeka.
Pelancong dari India dan Indonesia bersiar-siar sambil bergambar di Dataran Merdeka.

Sebanyak 320 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,031,443 kes.

Sebanyak 506 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,984,301.

Ketika ini, 10,937 kes aktif direkodkan di mana 10,467 atau 95.7% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 453 (4.1%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 17 kes dan 5 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiga kematian dicatatkan manakala tiada kes sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,908 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.