- Iklan -
Berita

Pegawai khas Zahid meninggal dunia

Beliau disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ramesh Rao. Gambar: Facebook
Ramesh Rao. Gambar: Facebook

Pegawai khas hal ehwal kaum India di pejabat timbalan perdana menteri Ramesh Rao dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.

Mendiang difahamkan meninggal dunia akibat serangan jantung pagi tadi, lapor Astro Awani.

Beliau disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ramesh yang juga presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia dilantik sebagai pegawai khas bagi menjaga kebajikan masyarakat India oleh Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, bulan lalu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.