- Iklan -
Berita

Jangkitan harian turun 287, angka korban kekal

Ketika ini, 10,634 kes aktif direkodkan di mana 10,175 atau 95.7% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pekerja asing sedang memeriksa bekalan menggunakan telefon pintar di sebuah kedai di Kajang.
Pekerja asing sedang memeriksa bekalan menggunakan telefon pintar di sebuah kedai di Kajang.

Kira-kira 287 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,032,433 kes.

Sebanyak 590 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,984,891.

Ketika ini, 10,634 kes aktif direkodkan di mana 10,175 atau 95.7% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 439 (4.1%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 20 kes dan 7 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu kekal sebanyak 36,908 orang.