- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 227 kes, 6 lagi terkorban

Sebanyak 367 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,985,659.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dua kanak-kanak berlari di atas ‘canopy walk’ sepanjang 60 meter di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur, 2 Januari.
Dua kanak-kanak berlari di atas ‘canopy walk’ sepanjang 60 meter di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur, 2 Januari.

Sejumlah 227 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,032,904 kes.

Sebanyak 367 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,985,659.

Ketika ini, 10,331 kes aktif direkodkan di mana 9,853 atau 95.4% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 457 (4.4%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 21 kes dan 9 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Enam kematian dicatatkan termasuk dua kes sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,901 orang.