- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 371 kes, 4 lagi terkorban

Sebanyak 304 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,986,312.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang lelaki berjoging di Taman Tasik Titiwangsa dengan berlatar belakang Menara Berkembar Petronas.
Seorang lelaki berjoging di Taman Tasik Titiwangsa dengan berlatar belakang Menara Berkembar Petronas.

Sejumlah 371 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,033,625 kes.

Sebanyak 304 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,986,312.

Ketika ini, 10,390 kes aktif direkodkan di mana 9,970 atau 96% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 404 (3.9%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 16 kes dan 14 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Empat kematian dicatatkan termasuk satu kes sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,901 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.