- Iklan -
Berita

Covid-19: Catat 318 kes baru, tiada kematian

Sebanyak 331 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,986,643.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Gelagat sebahagian daripada pelancong asing yang singgah di Dataran Merdeka, 11 Januari.
Gelagat sebahagian daripada pelancong asing yang singgah di Dataran Merdeka, 11 Januari.

Sejumlah 318 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,033,943 kes.

Sebanyak 331 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,986,643.

Ketika ini, 10,377 kes aktif direkodkan di mana 9,960 atau 96% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 398 (3.8%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 19 kes dan 15 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu kekal sebanyak 36,923 orang.