- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 309 kes, tiada kematian

Sebanyak 292 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,987,561.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengunjung memenuhi Jalan Armenia di Georgetown, Pulau Pinang, ketika sambutan Tahun Baru Cina. Gambar: Bernama
Pengunjung memenuhi Jalan Armenia di Georgetown, Pulau Pinang, ketika sambutan Tahun Baru Cina. Gambar: Bernama

309 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,034,830 kes.

Sebanyak 292 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,987,561.

Ketika ini, 10,337 kes aktif direkodkan di mana 9,943 atau 96.2% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 381 (3.7%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 13 kes dan 10 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu kekal sebanyak 36,932 orang.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.