- Iklan -
Berita

Covid-19: Catat 132 jangkitan, 1 kematian

Sebanyak 346 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,988,489.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Empat pelancong asing berbasikal di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, 6 Januari.
Empat pelancong asing berbasikal di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, 6 Januari.

132 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,035,205 kes.

Sebanyak 346 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,988,489.

Ketika ini, 9,783 kes aktif direkodkan di mana 9,402 atau 96.1%daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 370 (3.8%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 11 kes dan 10 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Satu kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,933 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.