- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 172 kes, 3 lagi terkorban

Sebanyak 325 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,988,814.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ibu bapa mengambil peluang cuti tahun baru untuk membawa anak-anak beriadah di Taman Tasik Titiwangsa, 2 Januari.
Ibu bapa mengambil peluang cuti tahun baru untuk membawa anak-anak beriadah di Taman Tasik Titiwangsa, 2 Januari.

Sejumlah 172 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,035,377 kes.

Sebanyak 325 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,988,814.

Ketika ini, 9,627 kes aktif direkodkan di mana 9,245 atau 96% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 369 (3.8%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 13 kes dan 10 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiga kematian dicatatkan termasuk tiga kes sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,936 orang.