- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 236 kes, 2 lagi terkorban

Sebanyak 312 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,989,126.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai yang berjalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman masih mengamal prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka sebagai langkah berwaspada daripada wabak Covid-19, 6 Januari.
Orang ramai yang berjalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman masih mengamal prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka sebagai langkah berwaspada daripada wabak Covid-19, 6 Januari.

236 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,035,613 kes.

Sebanyak 312 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,989,126.

Ketika ini, 9,549 kes aktif direkodkan di mana 9,133 atau 95.6% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 402 (4.2%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 14 kes dan 11 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dua kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,938 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.