- Iklan -
Berita

Covid-19: Catat 258 kes baharu, 2 lagi terkorban

Sebanyak 309 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,989,435.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai menggunakan peluang cuti hujung minggu berjalan-jalan di Jalan Tun Tan Siew Sin dan Jalan Silang di ibu kota Kuala Lumpur. Gambar: Bernama
Orang ramai menggunakan peluang cuti hujung minggu berjalan-jalan di Jalan Tun Tan Siew Sin dan Jalan Silang di ibu kota Kuala Lumpur. Gambar: Bernama

258 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,035,871 kes.

Sebanyak 309 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,989,435.

Ketika ini, 9,496 kes aktif direkodkan di mana 9,109 atau 95.9% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 370 (3.9%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 17 kes dan 14 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dua kematian dicatatkan termasuk satu kes sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,940 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.