- Iklan -
Berita

Covid-19: Catat 251 kes, tiada kematian

Ketika ini, 9,790 kes aktif direkodkan di mana 9,374 atau 95.8% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pengguna pengangkutan awam masih diwajibkan memakai pelitup muka bagi mengelakkan jangkitan Covid-19. Gambar: Bernama
Pengguna pengangkutan awam masih diwajibkan memakai pelitup muka bagi mengelakkan jangkitan Covid-19. Gambar: Bernama

Sejumlah 251 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,036,593 kes.

Tiada pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kekal sebanyak 4,989,861.

Ketika ini, 9,790 kes aktif direkodkan di mana 9,374 atau 95.8% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 401 (4.1%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 15 kes dan 9 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu kekal sebanyak 36,942 orang.