- Iklan -
Berita

2 juta pengunjung dijangka banjiri Batu Caves sempena Thaipusam

Ketua Polis Daerah Gombak Zainal Mohamed Mohamed berkata dijangka berlaku kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan berkenaan pada hari ini hingga 6 Februari.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Penganut agama Hindu membawa susu segar yang diletakkan di atas kepala bagi mengikuti upacara keagamaan sempena Thaipusam yang akan disambut pada Ahad ini di Batu Caves, 2 Februari.
Penganut agama Hindu membawa susu segar yang diletakkan di atas kepala bagi mengikuti upacara keagamaan sempena Thaipusam yang akan disambut pada Ahad ini di Batu Caves, 2 Februari.

Dua juta penganut agama Hindu dan pengunjung dijangka membanjiri Batu Caves, di sini sempena perayaan Thaipusam yang bakal disambut pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Gombak Zainal Mohamed Mohamed berkata dijangka berlaku kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan berkenaan pada hari ini hingga 6 Februari.

Beliau berkata perarakan Thaipusam akan bermula dari Jalan Tun H.S Lee, di sini pada 10 malam esok dan dijangka tiba di Batu Caves pada 3 petang Sabtu ini.

Menurutnya tujuh jalan di sekitar Batu Caves juga akan mula ditutup pada tengah malam ini hingga 8 Feb.

“Tujuh jalan yang ditutup adalah dari lampu isyarat Kampung Melayu Batu Caves, susur dari arah MRR2 ke Kuil Batu Caves, Jalan Batu Caves Lama ke pintu utama Kuil Batu Caves, simpang tiga lampu isyarat hadapan stesen minyak Shell, Batu Caves,” katanya dalam sidang media di Dewan Martek, di Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu, simpang tiga Jalan SBC 8/ Jalan Lama Batu Caves, susur MRR2 dari Sri Gombak menghala susur Jalan Perusahaan Batu Caves dan Jalan Perusahaan menghala ke Kuil Batu Caves.

Zainal Mohamed berkata penutupan jalan di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak  itu adalah untuk memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang Thaipusam berlangsung.

“Laluan alternatif yang dicadangkan polis akan di kemas kini melalui platform media sosial Facebook IPD Gombak. Pengguna jalan raya dinasihatkan agar menggunakan jalan alternatif dan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.