- Iklan -
Berita

Jabatan Penjara pertimbang guna EMD kurangkan kesesakan

EMD digunakan di banyak negara, di mana banduan boleh memohon untuk meninggalkan penjara, termasuk semasa kes kecemasan, atas syarat tertentu, terutamanya tingkah laku yang baik.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pegawai penjara melakukan pemantauan di pintu masuk Penjara Sungai Buloh.
Pegawai penjara melakukan pemantauan di pintu masuk Penjara Sungai Buloh.

Pihak berkuasa penjara sedang mempertimbangkan penggunaan Peranti Pengawasan Elektronik (EMD) kepada banduan berisiko rendah sebagai satu langkah bagi menangani masalah kesesakan penjara di seluruh negara. 

Menurut Jabatan Penjara, ia adalah satu daripada lima langkah untuk mengurangkan kesesakan di penjara, termasuk Penjara Sungai Buloh yang berjaya dilaksanakan.

“Melalui langkah yang diambil masalah kesesakan yang dialami Penjara Sungai Buloh dapat dikurangkan. Peratus lebihan jumlah banduan pada ketika ini adalah 36% berbanding kapasiti maksimum 4200 banduan, iaitu tambahan 20% daripada kapasiti sedia ada,” menurut jabatan itu dalam kenyataannya hari ini. 

EMD digunakan di banyak negara, di mana banduan boleh memohon untuk meninggalkan penjara, termasuk semasa kes kecemasan, atas syarat tertentu, terutamanya tingkah laku yang baik. 

Menurut jabatan selain cadangan EMD, ia juga akan memasang katil dua tingkat di dalam sel dan asrama.

Pihak penjara juga memberi fokus kepada program pemulihan dalam komuniti yang ketika ini melibatkan seramai 82,487 banduan, serta bekerjasama dengan mahkamah untuk mempercepatkan perbicaraan.

Selain itu, bekas tapak Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) turut dijadikan sebagai Pusat Reintegrasi Penghuni dan Penjara Satelit.