- Iklan -
Berita

Usul tidak tanding 2 jawatan tertinggi Umno tidak langgar perlembagaan parti

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata sudah banyak kali dalam sejarah parti bahawa dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung Umno 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, 11 Januari.
Perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung Umno 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, 11 Januari.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata tiada pelanggaran perlembagaan atau Peraturan Mesyuarat ketika Perhimpunan Agung 2022 baru-baru ini, yang melibatkan kelulusan usul tambahan tiada pertandingan dua jawatan tertinggi parti pada pemilihan akan datang.

"Semua berjalan dengan teratur. Sekitar 90% perwakilan setuju dengan usul tiada pertandingan presiden dan timbalan. Sudah banyak kali dalam sejarah 77 tahun umur Umno jawatan itu tidak dipertandingkan,” katanya dalam satu kemas kini di laman Facebooknya hari ini.

Dua hari lepas, Ahmad berkata Umno memberi penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung Umno 2022 untuk jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Katanya beliau menemui Ketua Pengarah RoS Mohd Nawardi Saad dan timbalannya di Putrajaya berhubung isu itu.

Ia susulan tindakan dua ahli Umno pada 20 Januari mengemukakan aduan kepada RoS supaya semakan dibuat terhadap usul tambahan tersebut yang didakwa tidak sah.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.