- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 211 kes, tiada kematian

Sebanyak 272 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,990,977.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa pelancong asing dilihat bersiar-siar sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Beberapa pelancong asing dilihat bersiar-siar sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Sejumlah 211 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,037,995 kes.

Sebanyak 272 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,990,977.

Ketika ini, 10,075 kes aktif direkodkan di mana 9,663 atau 95.9% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 402 (4%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 10 kes dan 8 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu kekal sebanyak 36,943 orang.