- Iklan -
Berita

Covid-19: Rekod 175 kes baru, 1 kematian

Sebanyak 196 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,991,173.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pelancong asing dan tempatan bergambar di sekitar ‘River of Life’, Kuala Lumpur sambil berlatar belakangkan menara Tun Razak Exchange, 1 Februari.
Pelancong asing dan tempatan bergambar di sekitar ‘River of Life’, Kuala Lumpur sambil berlatar belakangkan menara Tun Razak Exchange, 1 Februari.

Sejumlah 175 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,038,170 kes.

Sebanyak 196 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,991,173.

Ketika ini, 10,053 kes aktif direkodkan di mana 9,659 atau 96.1% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 388 (3.9%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 6 kes dan 5 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Satu kematian dicatatkan termasuk satu kes sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,944 orang.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.