- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 184 kes, 2 lagi terkorban

Sebanyak 253 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,991,426.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dua pekerja kontrak melakukan kerja-kerja pembersihan di bahagian cermin Bangunan Perpustakaan Kuala Lumpur, 1 Februari.
Dua pekerja kontrak melakukan kerja-kerja pembersihan di bahagian cermin Bangunan Perpustakaan Kuala Lumpur, 1 Februari.

Sejumlah 184 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,038,354 kes.

Sebanyak 253 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,991,426.

Ketika ini, 9,982 kes aktif direkodkan di mana 9,621 atau 96.4% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 357 (3.6%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 4 kes dan semuanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dua kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,946 orang.