- Iklan -
Berita

89% rakyat bimbang tentang kos sara hidup, menurut tinjauan

Lebih 60% responden berpendapat usaha kerajaan tidak cukup untuk tangani kos sara hidup yang meningkat.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang pelanggan membeli barang keperluan di bahagian jualan sayur di Pasar Ampang, Selangor.
Seorang pelanggan membeli barang keperluan di bahagian jualan sayur di Pasar Ampang, Selangor.

Hampir sembilan daripada 10 rakyat Malaysia bimbang tentang kos sara hidup, dengan lebih 60% berkata usaha kerajaan tidak cukup bagi menangani isu tersebut, menurut tinjauan terbaru Pusat Penyelidikan Undian UCSI.

Tinjauan melibatkan 1,031 responden, di mana 59% merupakan pekerja dan 23% pelajar itu, turut mendapati 89% bimbang tentang kos sara hidup, sejajar dengan peningkatan kadar inflasi daripada 2.5% pada 2021 kepada 3.3% pada 2022.

Majoriti responden (60%) berkata mereka paling bimbang dengan harga barang dapur dan makanan, diikuti dengan utiliti (45%) dan bahan api (43%). 

Ia diikuti dengan kos penjagaan kesihatan (39%), kos rekreasi dan hiburan (39%), sewa (34%) serta kos pengangkutan awam (33%).

Sebanyak 41% daripada responden berkata mereka perlu mengurangkan perbelanjaan untuk hiburan, manakala 40% lagi berkata akan mengurangkan masa untuk aktiviti sosial.

Dalam pada itu, 37% berkata mereka terpaksa bekerja lebih daripada biasa.

Jumlah responden yang sama juga mengatakan tidak dapat menambah simpanan mereka, 35% berkata mereka kini lebih kerap bimbang, 34% mengatakan kesihatan mental mereka merosot, 30% berkata pemakanan mereka tidak seimbang, 27% berkata ia menjejaskan kesejahteraan mereka, manakala 18% berkata mereka terpaksa memilih pengangkutan lain untuk berjimat.

Pada tahun hadapan, 33% berkata mereka merancang untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan mereka, 27% merancang untuk menyumbang kepada simpanan persaraan dan 27% merancang untuk mewujudkan tabung kecemasan.

Apabila ditanya tentang aspek kos sara hidup yang mana kerajaan perlu tangani terlebih dahulu, 60% berkata keselamatan makanan dan kawalan ke atas harga siling makanan biasa.

Ini diikuti oleh penjagaan kesihatan (53%) dan kadar sewa (52%).

Sebanyak 61% berpendapat usaha kerajaan tidak cukup dalam menangani peningkatan kos sara hidup.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.