- Iklan -
Berita

Covid-19: Sebanyak 269 kes baru dicatat, tiada kematian

375 pesakit sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 4,992,080.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi

Sebanyak 269 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini 5,038,812 kes.

Sementara itu, 375 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 4,992,080.

Ketika ini, 9,786 kes aktif direkodkan di mana 9,391 atau 96% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin manakala 387 (4%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 8 kes dan 4 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian direkodkan. Jumlah korban kekal 36,946 sejak pandemik melanda negara.