- Iklan -
Berita

Covid-19: Catat 259 kes baru, 1 kematian

Sebanyak 390 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,992,776.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pekerja di sebuah pasar raya membungkus makanan Menu Rahmah yang dijual pada harga bawah RM5 sebagai menyahut seruan kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat, 9 Februari.
Pekerja di sebuah pasar raya membungkus makanan Menu Rahmah yang dijual pada harga bawah RM5 sebagai menyahut seruan kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat, 9 Februari.

Sejumlah 259 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,039,326 kes.

Sebanyak 390 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,992,776.

Ketika ini, 9,599 kes aktif direkodkan di mana 9,268 atau 96.6% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 320 (3.3%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 11 kes dan empat daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Satu kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,951 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.