- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 160 kes, tiada kematian

Sebanyak 358 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,993,134.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai masih mengamalkan pemakaian pelitup muka ketika berada di kawasan umum berdekatan pusat beli-belah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Orang ramai masih mengamalkan pemakaian pelitup muka ketika berada di kawasan umum berdekatan pusat beli-belah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Sejumlah 160 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,039,486 kes.

Sebanyak 358 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,993,134.

Ketika ini, 9,401 kes aktif direkodkan di mana 9,068 atau 96.5% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 324 (3.4%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak sembilan kes dan empat daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu kekal sebanyak 36,951 orang.