- Iklan -
Berita

Perkhidmatan feri Langkawi-Kuala Perlis pada 1, 2 Mac dihentikan

Penumpang dinasihatkan untuk menggunakan laluan Langkawi-Kuala Kedah.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Keadaan paras air laut di alur pelayaran Kuala Perlis mungkin akan menyebabkan tidak selamat untuk dimasuki oleh feri, kata Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Venture Sdn Bhd Kapten Dr Baharin Baharom. Gambar: Facebook

Perkhidmatan feri bagi laluan Langkawi-Kuala Perlis pada 1 dan 2 Mac depan terpaksa dihentikan berikutan paras air laut di alur pelayaran Kuala Perlis dijangka berada di bawah paras 1.6 meter.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Venture Sdn Bhd Kapten Dr Baharin Baharom berkata keadaan paras air itu mungkin akan menyebabkan tidak selamat untuk dimasuki oleh feri.

“Penumpang dinasihatkan untuk menggunakan laluan Langkawi-Kuala Kedah pada 1 dan 2 Mac depan. Terdapat lima masa perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah iaitu pada 7.30 pagi, 10 pagi, 1 tengah hari, 4 petang dan 7 malam.

“Manakala bagi laluan Kuala Kedah ke Langkawi, masa perjalanan adalah pada 7 pagi, 10.30 pagi, 1 tengah hari, 4 petang dan 7 malam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata semakan dan tempahan tiket secara dalam talian boleh dilakukan melalui aplikasi ‘Cuti-Cuti Langkawi’.