- Iklan -
Berita

Jangkitan harian 164 kes dengan 1 kematian dicatatkan

Sebanyak 254 pesakit dilaporkan sembuh.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dua wanita melintasi Jalan Mara, di Kuala Lumpur. Mereka masih memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga dari ancaman Covid-19.
Dua wanita melintasi Jalan Mara, di Kuala Lumpur. Mereka masih memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga dari ancaman Covid-19.

164 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,039,650 kes.

Sebanyak 254 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,993,388.

Ketika ini, 9,310 kes aktif direkodkan di mana 8,978 atau 96.4% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 321 (3.4%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 11 kes dan 6 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Cuma satu kematian direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan korban sebanyak 36,952 sejak pandemik melanda.