- Iklan -
Berita

200 kes baru, 1 kematian akibat Covid-19 direkodkan

Sebanyak 155 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,993,543.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai meluangkan masa cuti hujung minggu untuk berkelah dan bermandi laut bersama keluarga di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson,  29 Januari.
Orang ramai meluangkan masa cuti hujung minggu untuk berkelah dan bermandi laut bersama keluarga di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, 29 Januari.

Sejumlah 200 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,039,850 kes.

Sebanyak 155 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,993,543.

Ketika ini, 9,354 kes aktif direkodkan di mana 9,010 atau 96.3% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 333 (3.6%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 11 kes dan lima daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Satu kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,953 orang.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi