- Iklan -
Berita

Seramai 241 dijangkiti Covid-19, tiada kematian semalam

235 pesakit pulih ketika 9,405 orang sedang dijangkiti virus.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengguna pengangkutan awam sedang turun eskalator menunu stesen LRT KLCC di Kuala Lumpur.
Pengguna pengangkutan awam sedang turun eskalator menunu stesen LRT KLCC di Kuala Lumpur.

Sebanyak 241 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,040,609 kes.

Selain itu, seramai 235 pesakit pulih, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,994,250.

Ketika ini, 9,405 kes aktif direkodkan di mana 9,080 atau 96.5% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin sementara 316 (3.4%) pesakit dimasukkan ke hospital.

Pesakit yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak sembilan kes dengan tiga daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian dilaporkan. Jumlah korban angkara Covid-19 kekal sebanyak 36,954 sejak pandemik melanda negara.