- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 212 kes, 1 kematian

Sebanyak 310 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,994,560.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dua pelancong bersiar-siar di sekitar kawasan Masjid India, 16 Februari.
Dua pelancong bersiar-siar di sekitar kawasan Masjid India, 16 Februari.

Sejumlah 212 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,040,821 kes.

Sebanyak 310 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,994,560.

Ketika ini, 9,306 kes aktif direkodkan di mana 8,968 atau 96.4% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 332 (3.6%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak enam kes dan tiga daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Satu kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,955 orang.