- Iklan -
Berita

167 kes baru, 1 kematian direkodkan akibat Covid-19 semalam

Sebanyak 169 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,994,887.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Satu unit monorel tiba di Stesen Tun Sambanthan di Brickfields, 16 Februari.
Satu unit monorel tiba di Stesen Tun Sambanthan di Brickfields, 16 Februari.

167 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,041,174 kes.

Sebanyak 169 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,994,887.

Ketika ini, 9,330 kes aktif direkodkan di mana 8,983 atau 96.3% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 338 (3.6%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 12 kes dan enam daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Satu kematian dicatatkan termasuk satu kes sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,957 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.