- Iklan -
Berita

KKM sasar bentang semula RUU kawalan produk tembakau

Pembentangan RUU itu tertangguh akibat pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lepas, menurut jawapan disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Kementerian Kesihatan akan membentangkan semula Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dalam masa terdekat. Gambar: Bernama
Kementerian Kesihatan akan membentangkan semula Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dalam masa terdekat. Gambar: Bernama

Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk membentangkan semula Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dalam masa terdekat supaya penguatkuasaannya dapat dimulakan, tahun depan.

Menerusi jawapan disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam, KKM memaklumkan telah membuat penelitian semula dan akan meneruskan pembentangan rang undang-undang berkenaan dengan pindaan yang dipersetujui Jawatankuasa Pilihan Khas melalui Penyata yang disiarkan pada 5 Oktober tahun lepas.

Ia bagi menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) yang bertanyakan mengenai garis masa kementerian untuk menggubal RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.

RUU itu telah digubal dengan bacaan kali pertama serta kedua dibuat pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Sidang Dewan Rakyat ke-14 pada Ogos 2022.

Bagaimanapun, RUU berkenaan dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Menimbang RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk penelitian lanjut.

Menurut KKM pembentangan RUU itu tertangguh akibat pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022.