- Iklan -
Berita

Ustaz Azhar Idrus tiada tauliah mengajar agama di Selangor, kata Jais

Ia susulan pembatalan kuliah maghrib penceramah bebas itu yang akan diadakan di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di Shah Alam pada Ahad ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus. Gambar: Facebook
Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus. Gambar: Facebook

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus tidak mempunyai tauliah mengajar tentang agama Islam di Selangor.

Pengarah Jais Mohd Shahzihan Ahmad berkata demikian mengulas isu pembatalan Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus yang akan diadakan di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di Shah Alam pada Ahad ini.

Katanya, kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jais adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan berkuat kuasa di Selangor. 

"Semua individu yang mengajar tentang agama Islam di Selangor perlu mematuhi undang-undang dan peraturan.

"Pihak masjid atau surau juga tidak boleh menjemput individu tidak memiliki tauliah mengajar diberikan di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Terdahulu, tular satu hantaran di Facebook Ustaz Azhar Idrus semalam berkenaan kuliah maghribnya yang sepatutnya diadakan di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah terpaksa dibatalkan atas kuasa Jais. 

"Mohon maaf kepada rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliyah di negeri anda. 

"Oleh kerana itu Kuliah Maghrib pada tarikh 26 Feb ditukarkan ke Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Mohon sebaran seluasnya," katanya.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.