- Iklan -
Berita

Covid-19: Sebanyak 204 kes baru, tiada kematian dilaporkan

Sembilan pesakit di ICU dengan enam memerlukan alat bantuan pernafasan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Segelintir orang ramai masih memakai pelitup muka ketika tinjauan di sekitar Ipoh pada 2 Januari.
Segelintir orang ramai masih memakai pelitup muka ketika tinjauan di sekitar Ipoh pada 2 Januari.

Sebanyak 204 lagi kes Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 5,042,015.

Terdapat 254 kes pulih, menjadikan jumlah sembuh kepada 4,995,838.

Ketika ini terdapat 9,220 kes aktif, di mana 8,907 atau 96.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sementara itu, tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin manakala 304 (3.3%) dimasukkan ke hospital.

Seramai sembilan berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan enam daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tiada kematian baharu dilaporkan. Jumlah kematian kekal pada 36,957.