- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 207 kes, sifar kematian

Sebanyak 175 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,996,232.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dua pelancong dari Jepun memakai tudung ketika melawat kawasan sekitar Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada 16 Februari.
Dua pelancong dari Jepun memakai tudung ketika melawat kawasan sekitar Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada 16 Februari.

207 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,042,395 kes.

Sebanyak 175 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,996,232.

Ketika ini, 9,206 kes aktif direkodkan di mana 8,871 atau 96.4% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 325 (3.5%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 10 kes dan enam daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu kekal sebanyak 36,957 orang.