- Iklan -
Berita

Isu belia dalam TVET, kesesakan hospital kerajaan dibangkit di Dewan Rakyat hari ini

Isu lain yang dibangkitkan adalah proses perundingan yang inklusif bagi melaksanakan agenda reformasi sistem dan institusi negara serta pelaksanaan semula GST.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Persidangan Dewan Rakyat, 13 Februari.  Gambar: Bernama
Persidangan Dewan Rakyat, 13 Februari. Gambar: Bernama

Isu keterlibatan belia dalam program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), reformasi sistem dan institusi negara serta kesesakan hospital kerajaan antara dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, perkara berkenaan akan dijawab Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) sejurus mesyuarat Dewan Rakyat bermula 10 pagi.

Pada sesi berkenaan, Young Syefura Othman (PH-Bentong) bertanyakan perdana menteri mengenai  usaha kerajaan dalam meningkatkan keberkesanan TVET, sementara Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) mahu tahu sama ada kerajaan bercadang melakukan proses perundingan yang inklusif bagi melaksanakan agenda reformasi sistem dan institusi negara.

Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) pula bertanyakan mengenai langkah kerajaan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan negara ekoran kesesakan yang berlaku di hospital kerajaan ketika ini.

Turut menjadi tumpuan adalah persoalan sama ada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan diperkenalkan semula atau tidak.

Soalan itu dibangkitkan Richard Riot Jaem (GPS-Serian) kepada menteri kewangan pada sesi soal jawab.

Selesai sesi soal jawab, Dewan Rakyat akan menyambung semula sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat dasar bagi hari kedua.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.