Kerajaan lantik pengerusi MCMC baharu
Mohamad Salim pernah menjadi pengerusi interim MCMC dari Jun 2022 hingga Januari lepas.
Terkini
Mohamad Salim Fateh Din dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa esok (1 Mac).
Pelantikan Mohamad Salim itu dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menerusi hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.
“Saya percaya pelantikan beliau akan membantu ke arah usaha mengatasi isu-isu prasarana komunikasi termasuk bagi tiga peratus kawasan berpenduduk yang masih belum mempunyai capaian internet, bagi mengatasi kesenjangan digital dan memacu Malaysia ke arah ‘dekad digital keemasan,” kata Fahmi.
Mohamad Salim pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah MCMC serta Pengerusi Interim MCMC dari Jun 2022 hingga Januari 2023.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.