- Iklan -
Berita

Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS

Mata wang tempatan juga mengukuh berbanding yen Jepun dan dolar Singapura, namun menyusut berbanding euro dan pound Britain.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Papan tanda memaparkan nilai ringgit berbanding mata wang lain di premis pengurup wang. Gambar: AFP
Papan tanda memaparkan nilai ringgit berbanding mata wang lain di premis pengurup wang. Gambar: AFP

Bagaimanapun, ringgit menyusut nilai berbanding euro kepada 4.7374/7433 daripada 4.7212/7265 semalam dan turun berbanding pound Britain kepada 5.3858/3925 daripada 5.3576/3636.

Nilai ringgit melantun semula untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi urus niaga Selasa.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4655/4710 berbanding dolar AS daripada penutupan Isnin pada 4.4755/4805.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kemerosotan dolar AS diburukkan lagi oleh penurunan ketara data barangan tahan lama AS daripada jangkaan sebanyak 4.5% bulan lepas.

"Laporan itu menjejaskan sebahagian daripada langkah menaikkan kadar faedah AS. Namun begitu, para pelabur tempatan masih menjangkakan pemulihan yang menggalakkan dalam data aktiviti China yang akan dikeluarkan esok,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2786/2829 daripada 3.2816/2855 pada penutup Isnin dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3144/3190 daripada 3.3162/3204 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit menyusut nilai berbanding euro kepada 4.7374/7433 daripada 4.7212/7265 semalam dan turun berbanding pound Britain kepada 5.3858/3925 daripada 5.3576/3636.