- Iklan -
Berita

Covid-19: Sebanyak 206 kes baru, satu kematian dilaporkan

Seramai tujuh pesakit di ICU dengan tiga memerlukan alat bantuan pernafasan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita bersama anak perempuannya di sebuah pasar raya di Putrajaya.
Seorang wanita bersama anak perempuannya di sebuah pasar raya di Putrajaya.

Sebanyak 206 lagi kes Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 5,042,791.

Terdapat 176 kes pulih, menjadikan jumlah sembuh kepada 4,996,585.

Ketika ini terdapat 9,248 kes aktif, di mana 8,901 atau 96.2% daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sementara itu, tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin manakala 340 (3.7%) dimasukkan ke hospital.

Seramai tujuh pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan tiga daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

Satu kematian baharu dilaporkan. Jumlah meningkat sedikit kepada 36,958.