- Iklan -
Berita

Covid-19: Sebanyak 217 kes baru, dua kematian dilaporkan

Seramai tujuh pesakit di ICU dengan tiga memerlukan alat bantuan pernafasan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai menaiki eskalator di KL Sentar, Kuala Lumpur.
Orang ramai menaiki eskalator di KL Sentar, Kuala Lumpur.

Sebanyak 217 kes Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 5,043,008.

Terdapat 233 kes pulih, menjadikan jumlah sembuh kepada 4,996,818.

Ketika ini terdapat 9,230 kes aktif, di mana 8,882 atau 96.2% daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sementara itu, tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin manakala 341 (3.7%) dimasukkan ke hospital.

Seramai tujuh pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan tiga daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dua kematian baharu dilaporkan. Jumlah kematian kini meningkat kepada 36,960.