- Iklan -
Berita

Krisis Myanmar jejas keselamatan serantau, kata Anwar

Perdana menteri saran cari cara baharu untuk pujuk junta Myanmar bekerjasama dengan Asean bagi mencapai keamanan.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. (kanan) selepas sidang media bersama di Istana Malacanang, di Manila, Filipina, 1 Mac 2023. Gambar: Reuters
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. (kanan) selepas sidang media bersama di Istana Malacanang, di Manila, Filipina, 1 Mac 2023. Gambar: Reuters

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Rabu berkata krisis yang berterusan di Myanmar menjejaskan keselamatan dan kebajikan rantau ini, menegaskan supaya mencari cara baharu bagi memujuk pemerintah tenteranya bekerjasama dengan Asean bagi mencapai keamanan.

Selepas bertemu Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr di Manila, Anwar berkata beliau menghargai pengegasan rakan sejawatannya bahawa pelan damai lima perkara yang dipersetujui antara junta Myanmar dan perlu dilaksanakan.

"...tetapi saya semestinya akan mencadangkan untuk meneroka ruang baru tentang bagaimana junta Myanmar boleh dipujuk untuk bekerja dalam Asean dan menyelesaikan isu tertunggak, yang tidak boleh dianggap sebagai dalaman semata-mata, kerana ia menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan rantau ini," kata Anwar.

Myanmar dilanda kekacauan sosial, politik dan ekonomi sejak tenteranya menggulingkan kerajaan yang dipilih pada Februari 2021.

Kumpulan hak asasi manusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menuduh tentera melakukan kekejaman sebagai sebahagian daripada tindakan keras terhadap penentangnya, yang digelar sebagai "pengganas" yang mahu memusnahkan negara itu.

Asean, yang mempunyai prinsip untuk mengelak daripada urusan kedaulatan anggotanya, kecewa dengan kurangnya kemajuan junta dalam pelan damai yang dipersetujui dengan jeneral sejurus selepas rampasan kuasa.

Sementara blok 10 anggota itu menghalang jeneral Myanmar daripada menghadiri mesyuarat peringkat tingginya, Malaysia, pengkritik lantang junta meminta tindakan yang lebih ketat.

Jeneral tentera Myanmar bertindak balas terhadap apa yang dipanggilnya sebagai campur tangan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.