- Iklan -
Berita

Pejuang mohon sertai PN

Presiden Pejuang berharap kepimpinan PN pertimbang permohonan partinya dan beri respons positif.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir ketika berucap sempena Perhimpunan Agung Pejuang kali ke-2 di Seri Kembangan, Kuala Lumpur, 14 Januari. Gambar: Bernama
Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir ketika berucap sempena Perhimpunan Agung Pejuang kali ke-2 di Seri Kembangan, Kuala Lumpur, 14 Januari. Gambar: Bernama

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) telah menghantar surat permohonan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN), kata presidennya Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata surat berkenaan telah diutuskan kepada Pengerusi PN Muhyiddin Yassin, semalam dan turut diberikan kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan Dominic Lau.

Menurutnya keputusan untuk membuat permohonan berkenaan telah disepakatkan Majlis Eksekutif Pusat (MEP) Pejuang dua hari lepas selepas penelitian semua opsyen gabungan dan kerjasama politik yang ada.

“Ini adalah sesuai dengan mandat yang kami peroleh daripada Perhimpunan Agung Pejuang kali ke-2.

“Adalah diharapkan kepimpinan PN akan mempertimbangkan permohonan Pejuang dan memberi respons yang positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 14 Januari, Mukhriz mengumumkan Pejuang menarik diri daripada Gerakan Tanah Air dan terbuka untuk berunding dan berbincang dengan mana-mana pihak untuk meneroka kerjasama politik.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.