- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 204 kes, sifar kematian

Sebanyak 213 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,997,244.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita berjalan berdekatan mesin layan diri yang menyediakan makanan sarapan pagi seperti nasi lemak dan air mineral di stesen LRT Cempaka.
Seorang wanita berjalan berdekatan mesin layan diri yang menyediakan makanan sarapan pagi seperti nasi lemak dan air mineral di stesen LRT Cempaka.

Sejumlah 204 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,043,456 kes.

Sebanyak 213 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,997,244.

Ketika ini, 9,247 kes aktif direkodkan di mana 8,909 atau 96.3% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 332 (3.6%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak enam kes dan satu daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu kekal sebanyak 36,965 orang.