- Iklan -
Berita

Kes harian Covid-19 catat 170 jangkitan, tiada kematian

Sebanyak 178 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,997,422.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang pemungut kotak dan barangan terbuang mengusung troli hasil kutipannya berhampiran deretan kedai lama di Jalan Melayu, Kuala Lumpur, 16 Februari.
Seorang pemungut kotak dan barangan terbuang mengusung troli hasil kutipannya berhampiran deretan kedai lama di Jalan Melayu, Kuala Lumpur, 16 Februari.

Sejumlah 170 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,043,626 kes.

Sebanyak 178 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,997,422.

Ketika ini, 9,239 kes aktif direkodkan di mana 8,934 atau 96.7% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 301 (3.3%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak empat kes dan satu daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu kekal sebanyak 36,965 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.