MetMalaysia keluar amaran hujan lebat berterusan di Johor, Pahang, Sarawak hingga esok
Amaran kategori waspada juga dikeluarkan bagi kawasan di Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala Johor melibatkan Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.
Terkini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan (Buruk) yang dijangka berlaku di Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong (Pusa and Betong) sehingga esok (6 Mac).
MetMalaysia juga pada 10.35 pagi ini mengeluarkan amaran hujan berterusan (Waspada) yang dijangka berlaku di Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) di Sarawak, juga sehingga esok.
Sementara itu amaran hujan berterusan (Waspada) itu juga dikeluarkan bagi kawasan di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.