- Iklan -
Berita

164 kes baru, 1 kematian akibat Covid-19

Sebanyak 198 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,997,620.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita terpaksa berpayung ketika berjalan bagi mengelakkan terkena hujan di Tasik Tambahan, Ampang.
Seorang wanita terpaksa berpayung ketika berjalan bagi mengelakkan terkena hujan di Tasik Tambahan, Ampang.

164 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,043,790 kes.

Sebanyak 198 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,997,620.

Ketika ini, 9,204 kes aktif direkodkan di mana 8,888 atau 96.4% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 314 (3.4%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak dua kes.

Satu kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,966 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.