- Iklan -
Berita

Covid-19: Sebanyak 188 kes baru, tiada kematian dilaporkan

Seramai dua pesakit di ICU, 181 kes pulih dicatatkan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi

Sebanyak 188 kes Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 5,043,978.

Terdapat 181 kes pulih, menjadikan jumlah sembuh kepada 4,997,801.

Ketika ini terdapat 9,211 kes aktif, di mana 8,884 atau 96.4% daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sementara itu, tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin manakala 325 (3.5%) dimasukkan ke hospital.

Seramai dua pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU). Tiada yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tiada kematian baharu dilaporkan. Jumlah kematian kekal 36,966.