- Iklan -
Berita

MCMC pertimbang tindakan kawal selia terhadap Awesome Broadcasting

Awesome TV sedang disiasat susulan laporan berita yang mendakwa bilangan penjawat awam bakal dikurangkan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memaklumkan sebarang operasi penyiaran oleh stesen televisyen harus mematuhi peraturan dan syarat lesen yang ditetapkan. Gambar: Bernama
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memaklumkan sebarang operasi penyiaran oleh stesen televisyen harus mematuhi peraturan dan syarat lesen yang ditetapkan. Gambar: Bernama

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mempertimbangkan tindakan kawal selia ke atas pihak Awesome Broadcasting Sdn Bhd (ABSB) susulan kemungkinan pelanggaran Seksyen 36 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebarang operasi penyiaran oleh stesen televisyen harus mematuhi peraturan dan syarat lesen yang ditetapkan di dalam Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan CASP (I).

"MCMC memandang serius berhubung pematuhan pelesenan dan komited memastikan tahap pematuhan para pemegang Lesen CASP (I).

"Kegagalan untuk berbuat demikian adalah merupakan satu kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," menurut MCMC.

Pada 21 Februari lepas, MCMC dilaporkan membuka satu kertas siasatan terhadap saluran televisyen tempatan, Awesome TV, susulan laporan berita yang mendakwa bilangan penjawat awam bakal dikurangkan.

Siasatan dibuka di bawah Seksyen 206 AKM 1998 iaitu kegagalan mematuhi syarat lesen.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.