- Iklan -
Berita

226 kes baru, tiada kematian akibat Covid-19

Sebanyak 202 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,998,003.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Farith Ritzwan memberi penerangan kepada pengunjung tentang hiasan Paludarium di Festival Taman Kuala Lumpur 2023, Taman Tasik Titiwangsa.
Farith Ritzwan memberi penerangan kepada pengunjung tentang hiasan Paludarium di Festival Taman Kuala Lumpur 2023, Taman Tasik Titiwangsa.

Sejumlah 226 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,044,204 kes.

Sebanyak 202 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,998,003.

Ketika ini, 9,235 kes aktif direkodkan di mana 8,913 atau 96.5% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 318 (3.4%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak empat kes dan tiada kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu kekal sebanyak 36,966 orang.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi